persahabatan kami

Persahabatan…..

Ape itu persahabatan??? Tidak semua tahu erti PERSAHABATAN… hanye segelintir sahaja yang tahu ape itu persahabatan.. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kami 6 sahabat dan ingin berkongsi maksud persahabatan itu sendiri.. Walaupun dimana kami berada, dan jarak memisahkan, kami mengharapkan hubungan persahabatan ini mendapat perlindungan Allah s.w.t.. Walaupun apa yang berlaku hanya maut yang akan memisahkan kami semua..

Dengan lafaz Bismillah,

Pada 28 ogos 2009 jam 3.21 pagi blog ini di buat dan dijadikan sebagai salah satu medan merapatkan lagi ukhwah untuk berkongsi pendapat bersama rakan-rakan..

“ Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang sering denganku Dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku Untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku makin percaya diri, Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka, jika aku dapat, Aku ingin setia padanya…” (Imam Shafie)

Sekilas pandang..

Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorang itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata... sesunguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu.. tapi, sedarilah kita... mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah... biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara... bersyukurlah dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ...

Semoga dengan kewujudan blog ni dapatlah kita sama-sama menghargai kawan, teman dan sahabat seperti kita menyayangi keluarga kita sendiri.. Hargai dan sayangilah mereka selagi mereka masih ade….